Thursday 21 April 2011

nabi x suka kita berdebat tau... cuba ler kita hayati sirah nabi...

sirah nabi:

suatu ketika nabi saw ternampak saidina umar tengah bercakap - cakap dengan 2 orang bukan islam..
berkaitan agama.. orang - orang bukan islam cuba memburuk - burukkan agama islam..
saidina umar diam dan sabar mendengar kata - kata orang bukan islam itu ( k diam x smestinya suka... sabar)..
ketika itu nabi saw melihat nabi saw senyum...
tetapi apabila saidina umar terlihat nabi saw..
saidina umar cuba membalas kata - kata orang bukan islam itu( belaku perdebatan)..
lalu baginda saw berpaling dan beredar dari tempat itu

setelah itu saidina umar pergi bertemu nabi saw dan bertanya... wahai rasullah saw..
ketika engkau nampak aku tengah bercakap - cakap berkaitan dengan agama.. dengan orang bukan islam itu aku nampak..
ketika aku berdiam diri sabar dengan kata - kata mereka.. engkau senyum.. tapi apabila aku membalas kata - kata mereka.. engkau berpaling lalu beredar...

nabi saw bersabda: wahai umar ketika aku lihat engkau diam.. mendengar kata - kata orang bukan islam itu dengan sabar aku nampak.. para malaikat datang menjawab kata - kata mereka.. lalu aku senyum... tapi apabila engkau membalas kata - kata mereka...
para malaikat lari dan datang syaitan yang menyesatkan dan mentertawakan kamu.. lalu aku pun berpaling dan beredar..

maksudnya nabi saw tidak suka kepada perdebatan..k...

sirah nabi lagi :

suatu ketika nabi saw tengah duduk bersama - sama dengan beberapa orang sahabatnya..
lalu mereka ternampak jenazah orang bukan islam tengah diusung... lalu nabi saw berdiri untuk menghormati jenazah tersebut..
sahabat bertanya... wahai nabi saw kenapa kau berdiri menghormati orang tu sedangkan engkau tahu itu jenazah orang bukan islam...
nak tahu alasanya.. coz orang 2 pernah mengajar nabi satu ilmu.. di sebabkan ilmu nabi boleh hormat kepada seseorang...
subhanallah.. indahnya dan tingginya budi pekerti rasullah..

bayangkan la nabi yang maksum pesuruh Allah lagi.. hormat menghormati... kenapa kita x.. ambik la iktibar dari sirah nabi..
(jaga la hubungan kita dengan Allah swt... dan hubungan kita sesama makhluk..)

wallahualam~

Sunday 10 April 2011

Tazkirah ~ Indahnya Peribadi Rasulullah S.A.W


Ada seorang perempuan tua, rumahnya disinggahi oleh Rasulullah SAW dalam perjalanannya ke Gua Thur ke Madinah Munawarah. Perempuan tua itu kehairanan dengan kehadiran orang yang tidak dikenali itu. Kerana dengan serta-merta kambing-kambingnya banyak mengeluarkan susu sehingga dapat diminum oleh Rasulullah dan para sahabatnya dengan kenyang bahkan berlebihan pula. Apabila suami perempuan tua itu pulang, dia menceritakan peristiwa yang terjadi. Katanya: “ Wahai suaminku, sebentar tadi aku telah didatangi oleh seorang lelaki dan beberapa sahabatnya. Kedatangannya telah membuatkan kambing-kambing kita yang telah lama kekeringan susu itu telah kembali mengeluarkan susu bahkan setelah diminum mereka masih berlebihan lagi ”.

Seterusnya suami perempuan tua itu bertanya tentang bagaimana rupa lelaki yang dimaksudkan oleh isterinya itu : “ Cuba ceritakan kepadaku tentang keadaan lelaki yang kau maksudkan itu”. Mendengar pertanyaan suaminya itu, lalu perempuan tua itu menceritakan demikian ”. Wahai suamiku, lelaki yang aku maksudkan itu berkeadaan demikian: rupa parasnya terlalu kacak, mukanya bercahaya, tingkah-lakunya menyenangkan hati, perutnya tidak memboyot, rambutnya kemas dan rapi sekali, segak, tampan, matanya hitam dan besar, rambutnya subur dan tebal, suaranya jelas dan lunak, lehernya jinjang, matanya hitam bercahaya, di susut-sudut matanya berwarna kebiruan asli, bulu matanya lembut dan tipis, rambutnya hitam dan ikal, diam dan ramah mesra, cantik dan menawan dipandang dari jauh dan amat segak dipandang dari dekat, manis ketika berkata-kata serta jelas tutur-katannya, tidak lebih dan tidak kurang dari yang perlu, percakapannya tetap, ukuran badannya sederhana, tidak rendah dan tidak terlalu tinggi, seperti setangkai ranting yang segar disunting dari sebatang pohon yang cantik, indah dipandang dan segak bentuknya. Sahabat-sahabatnya sangat setia dan selalu mengelilinginya, mendengar kata-katanya dengan diam dan patuh segera akan apa yang diperintahnya, mereka taat dan suka kepadanya, tidak banyak cakap dan tidak pula menyembunyikan.

Demikianlah gambaran-gambaran tentang keindahan dan keelokan Rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita sentiasa terpaut hati kepada baginda dan mencintainya dengan mengikut sunnah hidupnya dalam semua hal.

Thursday 7 April 2011

Pesana Dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah- S

Pesanan dari Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Pesanan Dari Saidina Umar bin Al-Khatab

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya -Saidina Umar al-Khattab

Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim - Saidina Umar bin Al-Khatab

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya -Khalifah Umar al-Khattab
 
Copyright 2009